Pulau Kuraman

Pulau Kuraman seluas 5.2 kilometer perseg ini adalah pulau utama dalam gugusan Taman Laut Labuan. Ia terkenal dengan beting pasirnya yang panjang dan cantik, warnanya yang memutih di samping air yang jernih menjanjikan pemandangan yang indah. Kuraman mempunyai hutan yang menarik untuk diterokai dengan pelbagai spesis rama-rama dan burung dapat diperhatikan di sini. 


flora & fauna
a daily life of small creatures in marine park.
Terdapat sebuah rumah api telah dibina oleh pihak British sekitar tahun 1902. Dahulunya ia berfungsi memberi panduan arah selamat kepada kapal - kapal dagang yang memasuki Pelabuhan Labuan. Kini ia menjadi tarikan untuk aktiviti merentas hutan di Pulau Kuraman. Sebagai sebuah Taman Laut, Kuraman juga dilengkapi dengan jeti dan kemudahan perkelahan bagi memudahkan pelancong untuk datang ke sini.


No comments:

Post a Comment

Share this