Tentang kami


Blog ini merupakan catatan dan medium untuk kami berkongsi keindahan Taman Laut Labuan, yang meliputi pulau Kuraman, pulau Rusukan Besar dan pulau Rusukan Kecil.




Projek blog ini dimulakan oleh sekumpulan anak muda yang menetap di pulau Labuan, iaitu Wilayah Persekutuan kedua di Malaysia. Mereka terdiri daripada Haji Zulkiflee, A. Muqtadir Halim, Kelvin Ah Kian, Rizzuan Nizam, Faizal Marzuki, Faizul Nordin, Hafezul Asali, Rosli Alias, Roslan Alias, Mohd Hatta bin Yunus, Hanibman bin Abu, Karl Syam , Yadee dan Mohd Saifulrizan.
Projek ini disokong oleh staf Jabatan Taman Laut Labuan, dan terbuka kepada sesiapa sahaja untuk menyumbangkan material dari segi visual atau artikel atau kedua-duanya sekali yang menjurus kepada menimbulkan kesedaran awam, memberi pendidikan dan untuk berkongsi keindahan dan pengalaman di Taman Laut Labuan. Kami mengalu - alukan sebarang bentuk sokongan untuk memastikan kelancaran blog ini.

Kami memandang tinggi usaha semua yang terlibat dalam membantu pemuliharaan dan perlindungan spesis hidupan laut di Taman Laut Labuan untuk warisan generasi akan datang.

No comments:

Post a Comment

Share this