Pulau Rusukan Besar

Pulau ini berada pada kedudukan paling hujung dalam kawasan Taman Laut Labuan. Keunikan pulau ini ialah pantainya yang dipenuhi deretan pokok kelapa seolah - olah melambai - lambai kehadiran anda ke sini. Ia juga berada berhampiran dengan empat lokasi kapal karam yang merupakan tempat menyelam yang popular di kawasan ini.

Airnya yang jernih dapat dilihat dari jauh menjadikan Pulau Rusukan Besar bagaikan sebuah lukisan yang menarik. Aktiviti seperti berkelah dan snorkelling amat sesuai dilakukan di sini. Antara yang menarik ada di sini adalah kehadiran Blacktip Shark yang jarang ditemui di tempt lain.


Beach

Beach at Rusukan Besar Island

Rusukan Besar

Small Hostel

Pulau ini juga menempatkan Pusat Penetasan Telur Penyu yang merupakan projek kerjasama antara Jabatan Taman Laut Labuan, Petronas dan pemilik pulau. Pusat ini diselia dan dijaga oleh Jabatan Taman Laut Labuan.

Video


Pulau Rusukan Besar from Mohd Saifulrizan on Vimeo.

PULAU RUSUKAN BESAR LABUAN from MGV PRODUCTION on Vimeo.

The Whisper Of Nature from amuqtadirhalim on Vimeo.

No comments:

Post a Comment

Share this